Tuesday, April 17, 2012

Keluarga Bahagia





Keluarga bahagia adalah asas bagi membentuk seorang insan yang berakhlak mulia. Kebahagiaan ini boleh mencetuskan perubahan dan kemajuan yang dinamis dari segala aspek kehidupan individu Hubungan kekeluargaan  yang erat amat penting untuk mewujudkan keluarga  bahagia. Menyedari hatikat ini, setiap anggota keluarga perlu memainkan peranan dalam menjalinkan hubungan kekeluargaan yang erat. Usaha ini amat perlu bagi merealisasikan impian "Rumahku , Syurgaku" menjadi suatu kenyataan. 
Ibu bapa kini berusaha untuk membina sebuah keluarga yang bahagia menerusi ilmu keibubapaan. Anak-akak harus memahami tanggungjawab mereka. Misalnya, memahami peraturan yang ditetapkan oleh ibi bapa, belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan, memahami, dan menghormati setiap anggota keluarga. Ini mampu menjadikan anak-anak lebih bertanggungjawab dan membantu dalam proses pembentukan keluarga  bahagia.
 Usaha ibu bapa meluangkan masa dengan anggota keluarga pada hujung minggu harus dimanfaatkan oleh anak-anak. Anak-anak harus berbincang dan berkongsi suka duka dengan ibu bapa. Anak-anak perlu bersikap terbuka untuk menerima segala teguran serta nasihat daripada ibu bapa. Sikap keterbukaan ini akan mengeratkan hubungan kekeluargaan.
 Keselamatan setiap anggota keluarga perlu dititikberatkan oleh ibu bapa. Sikap sentiasa menjaga keselamatan diri,ahli keluarga, dan harta benda menjadikan sesebuah keluarga 
mampu menikmati kehidupan yang lebih 
selesa dan bermakna.
Setiap anggota keluarga bertanggungjawab untuk menjaga nama baik dan maruah keluarga. Anak-anak harus mempunyai sifat mulia seperti menghormati orang tua, berbudi bahasa, jujur, amanah, dan tidak melibatkan diri dengan gejala yang tidak sihat seperti dadah, gengsterisme, sumbang mahram dan sebagainya.
Kesimpulannya, sikap tolak ansur dan 
pengorbanan yang dilakukan oleh setiap anggota
 keluarga berupaya mengeratkan hubungan 
kekeluargaan. Komitmen ini secara tidak langsung
dapat merealisasikan objektif dalam melahirkan
keluarga bahagian.



2 comments: